seorang sahabat ada bertanya pndapat mngenai penytaan 'couple itu haram'.
maaf ya sahabt krn tdk dpt mmberikan jwapan yang tepat dan memuaskan. sememangnya byk pendpt yang lahir melalui pernytaan itu.semoga artikel ini dpt mmbantu sahabat. tapi kenalah baca sampai habis. ukhwah fillah.
.....................................................................................
March 31, 2010 at 3:52 pm
Amin 1943. salam, saya ada mndpt emel dari rakan.. mnceritakan tentang haramnya hukum bercinta/couple.. soalannya,adakah benar bercinta itu haram?bukankah prasaan ingin disayangi & dikasihi itu satu fitrah bg seorg manusia?jika dilarang bercinta,bkn kah itu berlawanan dengan fitrah manusia itu sendiri? bkn saya hendai memandai,tp meluahkan rase hati.. saya harap pihak tuan menghuraikan persoalan ini dengan selengkap supaya mudah untuk saya menjelaskan kepada saudara2 seislam kita yg lain.. InsyaAllah.. wassalam..
JawapanHarus bercinta dengan seseorang dengan syarat menjaga batas-batas pergaulan dan aurat.Dilarang bergaul secara bebas di antara lelaki dan perempuan kecuali ditemani mahramnya dan menutup aurat serta menjaga bahasa ketika berkomunikasi di antara lelaki dan perempuan.Salah satu golongan manusia yang mendapat perlindungan Allah S.W.T di hari Akhirat ialah orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah S.W.T. Yang di maksudkan dengan mencintai seseorang kerana Allah adalah cinta yang mengandungi unsur-unsur berikut: 1) Menyintai seseorang ikhlas kerana Allah tanpa ada apa-apa kepentingan. 2) Menyintai seseorang tidak mengatasi cintanya kepada Allah, rasul dan kedua ibubapa. 3) Tidak melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan syara’. .”
”
this is from http://www.islamgrid.gov.my
March 31, 2010 at 5:32 pm
admin
Amin: 1943. salam, saya ada mndpt emel dari rakan.. mnceritakan tentang haramnya hukum bercinta/couple.. soalannya,adakah benar bercinta itu haram?bukankah prasaan ingin disayangi & dikasihi itu satu fitrah bg seorg manusia?jika dilarang bercinta,bkn kah itu berlawanan dengan fitrah manusia itu sendiri? bkn saya hendai memandai,tp meluahkan rase hati.. saya harap pihak tuan menghuraikan persoalan ini dengan selengkap supaya mudah untuk saya menjelaskan kepada saudara2 seislam kita yg lain.. InsyaAllah.. wassalam..JawapanHarus bercinta dengan seseorang dengan syarat menjaga batas-batas pergaulan dan aurat.Dilarang bergaul secara bebas di antara lelaki dan perempuan kecuali ditemani mahramnya dan menutup aurat serta menjaga bahasa ketika berkomunikasi di antara lelaki dan perempuan.Salah satu golongan manusia yang mendapat perlindungan Allah S.W.T di hari Akhirat ialah orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah S.W.T. Yang di maksudkan dengan mencintai seseorang kerana Allah adalah cinta yang mengandungi unsur-unsur berikut: 1) Menyintai seseorang ikhlas kerana Allah tanpa ada apa-apa kepentingan. 2) Menyintai seseorang tidak mengatasi cintanya kepada Allah, rasul dan kedua ibubapa. 3) Tidak melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan syara’. .” ” this is from http://www.islamgrid.gov.my
Waalaikumussalam Saudara Amin,
Jujurnya saya bukannya berilmu sangat untuk menjawab persoalan saudara tapi apa yang mudah dan jelas saya dapat extract dari kata2 comment saudara. Cuba check comment saudara yang saya BOLDkan itu.
Kalau menurut pendapat saudara yang bercinta itu adalah bercouple maka saya ingin suggestkan supaya saudara jauhkan dari sebarang perbuatan yang involving couple.
Saudara semestinya sedar bahawa Islam adalah agama yang berlandaskan cinta dan kasih sayang. Cinta kepada Allah, rasulnya, saudara seagama dan kepada makhlukNys sejagat.
Bercinta itu tak bermaksud bercouple semata-mata. Maksudnya adakah saudara selepas berkahwin saudara tidak akan bercinta lagi dengan isteri saudara?
Jujur saya boleh katakan dalam Islam, budaya bercoupling ini tiada. Saudara boleh fikirkan sendiri adakah saudara rasakan Allah suka saudara berkeluar dating dengan “kekasih hati”, berpegang tangan, gelak ketawa dengan perempuan yang tidak halal untuk saudara. Malahan untuk bertelefon dan sms dengan si dia sahaja sudah menjadi suatu perkara yang meresapi Iman dan nurani saudara sebagai seorang Mu’min.
Tapi saya memang berniat untuk nak kahwin ni!
Buat apa saudara ingin bercouple jika ada cara dan jalan lain yang lebih halal dan bagus. Jika saudara betul2 ikhlas unttuk bernikah silalah hantarkan lamaran segera. Jika saudara ingin tahu budi pekerti kekasih saudara itu kan ada pelbagai cara dan kaedah yang betul.
Jujur saya katakan bahawa saya melihat budaya bercouple ini adalah kebanyakannya atas dasar ingin testing dulu dan nafsu semata2. Tiadanya seseorang itu berkata
“Ok, aku ni nak couple dengan si dia binti si dia ini atas dasar Iman dan Taqwa kepada Allah. Aku nak kenal rapat dia ni supaya tahu sikit supaya boleh aku nak kahwin cepat dalam masa sebulan lagi.”
Tapi aku nak chop dulalah
Ini alasan yang saya personal selalu dengar. Jawapannya sangat senang. Jodoh itu adalah dalam tangan tuhan. Kita berusaha semasa kita ada keinginan untuk berkahwin nanti. (mungkin boleh tgk movie Ketika Cinta Bertasbih)
Mungkin saudara/i dah rasa muak dengarkan itu tapi itu adalah fakta yang sebenarnya. Rezeki,Jodoh, Saat kita meninggalkan dunia yang sekejap ini pun semua sudah diprogramkan di lauh mahfuz.
Pernah tak saudara mendengar kisah Imam Azrai’?
Imam ini mungkin kurang famous dari Iman Mazhab Hanafi, Malikii, Syafie dan hanbali tapi dia merupakan Imam yang diiktirafkan ilmunya yang sangat tinggi setaraf dengan Imam mazhab emoat tersebut dan seorang Imam yang muktabar. Cumanya dia kurang famous sebab anak muridnya tak keluar ke pelusuk dunia.
Imam seorang ini tempat tinggalnya di dalam masjid. Suatu tika dia solat jamaah dengan Imam solat yang lain dan after solat Imam Solat itu (sunat pusing belakan pandang makmum) ternampak Imam Auzai’. Dia pun bertanya
“Kalau boleh saya nak tanya suatu perkara ini kepadamu Imam Auzaie” “Kamu ini duduk dalam masjid ini mana kamu dah makanan/rezeki?”
Imam Auzaie itu terus bertanya “Adakah katamu itu tadi datang dari hatimu? Jika benar aku akan solat kembali solat fardhu tadi”
Kita boleh lihat apa status orang yang meragui tentang persoalan rezeki dan hal2 lain berkaitan.
Mungkin saudara sedang bercouple dan ada seorang rakan saudara dia perihatin kepada saudara dan hantar artikel ini. Mungkin saudara akan kata “Eh2, kejamnya, suka hati jer cakap haram couple” Mungkin saudara rasa sayang lah nak lepaskan si dia ini tapi kalau saudara mendalami Islam yang sebenar saudara akan mudah merasai betapa indahnya itu Islam dan saudara akan mula faham banyak perkara.
Cuba kita sama2 renung dan bermuhasabah balik, saudara/i bangun bangkit dari kubur pada akhirat nanti, saudara terfikirkan perbuatan couple (anything yang berkaitan), apakah saudara rasa Allah itu redha pada hubungan yang tidak hala itu?
Mungkin boleh baca artikel di bawah yang sangat best mengenai tika jatuhnya hukum haram tika bercouple.
dari http://drdakwahremaja.wordpress.com/2009/10/31/5-sebab-kenapa-couple-haram/
PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA
Sesebuah perhubungan ?istimewa” antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.
KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA
Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber”dating”?, ber”shoping” dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap “caring” seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram?. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah
haram.
KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam
memelihara kehormatan seorang wanita.
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan terdapat di dalamSurah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi. Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*
Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya :
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**
(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)
KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR
Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak
harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)
KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA
Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.
Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)
Jika ada salah dan silap harap maafkan. Saya ini pun sekadar manusia sahaya. Saya ini sekadar KULI Allah di muka bumi ini Bersama2 kita amik iktibar dan pengajaran termasuk diri saya ini yang lemah dan selalu juga membuat kesalahan dan dosa.
Admin BHO Blog
p/s- ini adalah comment yang paling panjang pernah saya buat dalam BHO Blog atas tujuannya satu sahaja. Kerana saya tak nak Allah tanya saya napa saya tak buat apa2 masa ada orang tanya perihal sekian2. Sebab itu saya kalau boleh nak cuba keep clean BHO blog ini. Kalau ada ternampak content yang kurang sihat (berbentuk maksiat melampau)just bagitahu sahaja dan saya akan editkan. Insya-Allah.
Allahuakbar.
April 1, 2010 at 10:43 pm
Amin “Saudara semestinya sedar bahawa Islam adalah agama yang berlandaskan cinta dan kasih sayang. Cinta kepada Allah, rasulnya, saudara seagama dan kepada makhlukNya sejagat.
Bercinta itu tak bermaksud bercouple semata-mata. Maksudnya adakah saudara selepas berkahwin saudara tidak akan bercinta lagi dengan isteri saudara?
Jujur saya boleh katakan dalam Islam, budaya bercoupling ini tiada. Saudara boleh fikirkan sendiri adakah saudara rasakan Allah suka saudara berkeluar dating dengan “kekasih hati”, berpegang tangan, gelak ketawa dengan perempuan yang tidak halal untuk saudara. Malahan untuk bertelefon dan sms dengan si dia sahaja sudah menjadi suatu perkara yang meresapi Iman dan nurani saudara sebagai seorang Mu’min.”
Adakah maksud ayat ini mengatakan bahawa tidak boleh bercinta kepada manusia (kaum adam/ kaum hawa)? tetapi Hanya kepada Allah Ta’ala? sedangkan Allah lagi menciptakan Hawa untuk Adam di syurga. Dan kemudiannya diturunkan ke dunia kerana Adam mencintakan Hawa lalu membuat keturunan nya.
Ini menunjukkan bahawa sifat kasih sayang sesama manusia sudah ada di dalam jasad masing masing? Sedangkan bumi ini dijadikan untuk semua makhluk, dan manusia diberi kecerdasan akal fikiran agar ia boleh membimbing dan dibimbing oleh pengetahuan yang berlandaskan islam. Dua harta terbesar yang berkaitan dengan agama bahawa manusia adalah diberi kemerdekaan menghiasi dengan kemahuan dan kebebasan berfikir dan pendapat. Islam adalah satu satunya agama yang mempunyai prinsip, yang boleh dibuktikan dengan peneyalran/ penjelasan.
*Allah maha pengampun, pengasih lagi penyayang.
*agama islam adalah agama yang terindah dan adalah satu kebenaran.
Mesti ada keseimbangan dan penyederhanaan.
Adapun pendapat pertengahan Islam ialah wanita sejak zaman salaf assoleh tidak lepas bebas atau terpenjara di rumah mereka, bahkan mereka aktif keluar bersama kaum lelaki (dlm suasana terkawal) cthnya: ke mesjid utk solat berjama’ah, Juma’at, hari Raya, di mana mesjid tidak ada sebarang tirai pemisah, wanita keluar melakukan dakwah, amar makruf dan nahy mungkar, menghadiri majlis ilmu, menyertai perang jihad, mencari rezki atau berkerjaya, berpolitik, mendapatkan hiburan yg baik, menghadiri perayaan dan menyertai perkumpulan yg membawa manfa’at.
Inilah maksud firman Allah ta’ala”
” dan orang-orang beriman lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bg setengah yg lain, mereka menyuruh berbuat makruf dan mencegah mungkar.” AQT 9: 71
Dalam konteks ini, tiada halangan lelaki dan perempuan ajnabi berkawan dan bersahabat serta liqa’ atau pertemuan dalam bekerjasama dalam perkara2 kebaikan: menuntut ilmu, program-program kebajikan dan jihad.
Perincian Dr Abdul Halil Abu Syuqqah (sahabat Dr Qardhawi),
1. Pertemuan dan kerjasama itu hendaklah dalam suasana serius
2. menahan pandangan
3. menghindari berjabat tangan
4. mengenakan pakaian yg menepati syari’at (jilbab)
5. tidak bersesakan dan elok jika ada pemisahan
6. menghindari khulwah (berdua-duaan di tempat sunyi), namun boleh jika:
a. khulwah di kawasan awam yg ada orang ramai
b. beberapa lelaki dengan seorang perempuan
c. seorang lelaki dengan beberapa perempuan..
7. tidak terlalu lama dan berulang
8. menghindari tempat yg mencurigai
9. menjauhi perbuatan dosa
Etika khusus wanita jika keluar mengadakan pertemuan dengan lelaki:
1. jika bercakap tidak menggunakan bahasa yg lunak dan gaya yg menggoda
2. berjalan dengan sopan dan tertib
3. elakkan pergerakan yg manja dan menggoda
4. tidak memakai parfum/pewangi
5. serius dlm berbicara
source: Fatwa Dr Qardhawi
Allah berfirman Al Baqarah 2:152: Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat kepada mu… berterima kasihlah kepadaKu dan jangan kamu mengkufuri nikmatKU.”
Dari firman ini lah, kita sepatutnya tidak terlalai dengan kemegahan duniawi. walau apa pun kita mesti menyelaraskan dengan panduan/ ajaran islam yang berlandaskan ahli sunnah wal jemaah.
Memutuskan Silaturrahim
Allah Subhanahu wa Ta‘ala, Sebagaimana firmanNya:
Maksudnya: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” (Surah Muhammad: Ayat 22-23)
Wallahu a’lam
April 1, 2010 at 11:28 pm
admin
Saudara Amin, bukan begitu maksudd saya. Sudah tentu Islam menggalakkan umatnya berkasih sayang dan diciptakan secara berpasang-pasangan. Namun dengan cara yang halal iaitu dengan pernikahan. Rasulullah juga dalam hadithnya bersabda bahawa berkahwin itu sunnahnya.
Saya cuma sekadar boleh berkata2 tapi kalau saudara dengan tegasnya berfikir bahawa
“Oh Islam itu kan suruh berpasangan, Islam is love so we should couple lah”
Dan selepas panjang saya berkata maksudnya saudara sudah berkeras dan bertetap hati. Saya sudah melaksanakan apa yang bisa saya katakan untuk saudara.
Akhirat kelak saudara explain macamana Islam itu mengalalkan coupling itu yer
Ataupun last attempt saudara pergi kat mana2 mufti pastu tanya saya ni nak bercouple, boleh tak Ustaz? Kalau dia kata ok silakan. Kiranya saudara gantikan dia plak untuk menjawab kelak. Tapi dosa itu tetap dosa. Kira tengok dia backup tak nanti pada hari yang tiada orang yang mengenal sesiapa yang lain cuma memikirkan tentang diri sendiri.
Wallahualam bi sowab
April 3, 2010 at 10:53 pm
Amin “Sudah tentu Islam menggalakkan umatnya berkasih sayang dan diciptakan secara berpasang-pasangan. Namun dengan cara yang halal iaitu dengan pernikahan. Rasulullah juga dalam hadithnya bersabda bahawa berkahwin itu sunnahnya.
Saya cuma sekadar boleh berkata2 tapi kalau saudara dengan tegasnya berfikir bahawa
“Oh Islam itu kan suruh berpasangan, Islam is love so we should couple lah”
—————————
Assalamualaikum tuan admin.
Alhamdulillah, intention tuan admin memang lah baik kerana menerangkan topik tersebut, tapi bagi saya cara tuan admin ianya boleh merosakkan mentality atau psikologi individu. Saya pun hanya berkongsi pendapat saya tentang ini.. walwahu a’lam
Dan tidak la semestinya saya mengatakan ‘oh islam itu kan suruh berpasangan, islam is love so we should couple la..”
Islam memang menyuruh kita. tapi jangan setakan berakal fikiran begitu sahaja, mesti kenal FAEDAH & KOS yang akan di tanggung kelak oleh individu masing masing yakni teman hidup, couple, suami isteri, lelaki dan perempuan.
Dan saya lagi sekali akan mengatakan di dunia ini, memang kita di duga oleh Allah Ta’ala. Kita diberi Akal Fikiran untuk berfikir lebih cergas dan kalau boleh “open minded”/ jangan berfikiran pendek.
sedangkan dalam ayat yang tuan admin;
Hadis kedua: daripada Abu Hurairah R.A dari Nabi Sallawahualaihiwasalam:
“Nasib anak Adam mengenai Zina telah ditetapkan. TIDAK MUSTAHIL dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya MEMUKUL. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikut atau tidak mengikuti”
-baca balik balik.
Kalau di ikut kan kita pun boleh berkata mendengar MUSIC pun haram, apatah lagi INTERNET? TELEVISON? berKERETA?; apa saja yang melalai atau memudaratkan manusia pun semua HARAM. jadi bagaimana kah kita akan hidup di dunia yang dicipta oleh Allah Ta’ala? sebagaimana yang saya telah mengkongsikan bersama tuan.
Memanglah pada setiap manusia, dari permulaan berkawan/ BERCOUPLE ne belum lah sah suami isteri. dan HAKIKAT nya, bukan senang untuk terus-terus saja mengadakan AKAD NIKAH. dan apa saja yang mereka buat bersama, demi kesenangan individu masing-masing, terpulang lah kepada mereka sendiri sama ada ianya akan memberi faedah atau tidak. semua nya dengan NIAT.
KENAPA? kerana zaman sudah berubah. perempuan dan lelaki sudah mempunyai matlamat masing masing. Dan saya akan kata kan nya lagi, Sedangkan bumi ini dijadikan untuk semua makhluk, dan manusia diberi kecerdasan akal fikiran agar ia boleh membimbing dan dibimbing oleh pengetahuan yang berlandaskan islam.
SOAL AKHIRAT? bukan kah ini sudah TETAP, percayakan kepada hari Qiamat (adanya) adakah tuan admin yang menentukan nya? boleh kah tuan admin menerangkan bagaimana process nya akan dilakukan? SAYA tidak boleh berkata demikian bukan? RASA saya, begitu lah cara tuan admin membentengkan topik ini.. bahasa orang putih nye MISLEADING atau STEREOTYPING.
Dan kerana ini lah umat islam tidak BERSATU. sedangkan Islam adalah satu satunya agama yang mempunyai prinsip, yang boleh dibuktikan dengan peneyalaran/ penjelasan.
Saya sendiri pun takut akan perbincangan sebegini, bagaimana kita boleh salah menafsirkan Al Quran dan boleh merosakkan Aqidah saya. Saya harap tuan admin tidak merasa marah. Saya cuma ingin mengkongsikan pendapat saya yang sudah saya kaji selidik.
Allah Maha Esa dan lagi Maha Mengetahui.
April 5, 2010 at 6:36 pm
Hashira Assalamualaikum,
saudara Admin..adakah anda berfikir kembali tentang apa yang anda telah katakan didalam artikal ini? jika benar apa yang saudara katankn bagaimana pula kisah Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah sebelum mereka menjadi pasangan suami isteri.. adakah anda akan mengatakan bahawa Nabi Muhammad itu juga melakukan zina?.
bagaimana dengan kisah Nabi Adam AS dengan Siti Hawa? adakah mereka melakukan zina juga?
bukankah didalam islam mengatakan jodoh itu ada tiga?
iaitu 1. jodoh daripada syaitan yang mana kita melakukan zina kemudian mengandung anak yang diluar nikah baru berkahwin.
yang ke 2. jodoh daripada jin iaitu apabila seorang lelaki menganhar ilmu hitam kpda perempuan itu lalu mereka berkahwin
dan yang ketiga jodoh dari tuhan. kamu bertentangan mata kemudian jatuh hati lalu kamu berkahwin. -> adakah tuhan itu mengalakkan kita berzina?
bagaimana keturunan Adam akan berganda untuk menyebarkan seruan agama islam dibuka bumi ini jika tidak berpandangan?
berbaliklah kita kepada Al-Quran sesungguhnya Al-Quran itu adalah jawapan bagi segala permasalahan…
wassalam.
April 5, 2010 at 9:14 pm
admin
Hashira: Assalamualaikum, saudara Admin..adakah anda berfikir kembali tentang apa yang anda telah katakan didalam artikal ini? jika benar apa yang saudara katankn bagaimana pula kisah Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah sebelum mereka menjadi pasangan suami isteri.. adakah anda akan mengatakan bahawa Nabi Muhammad itu juga melakukan zina?. bagaimana dengan kisah Nabi Adam AS dengan Siti Hawa? adakah mereka melakukan zina juga? bukankah didalam islam mengatakan jodoh itu ada tiga? iaitu 1. jodoh daripada syaitan yang mana kita melakukan zina kemudian mengandung anak yang diluar nikah baru berkahwin. yang ke 2. jodoh daripada jin iaitu apabila seorang lelaki menganhar ilmu hitam kpda perempuan itu lalu mereka berkahwin dan yang ketiga jodoh dari tuhan. kamu bertentangan mata kemudian jatuh hati lalu kamu berkahwin. -> adakah tuhan itu mengalakkan kita berzina? bagaimana keturunan Adam akan berganda untuk menyebarkan seruan agama islam dibuka bumi ini jika tidak berpandangan? berbaliklah kita kepada Al-Quran sesungguhnya Al-Quran itu adalah jawapan bagi segala permasalahan… wassalam.
@amin & Hashira
Silakan bercouple jiga anda inginkan. Cuma jangan beri contoh mengenai nabi jika anda tidak faham :o Anda telah mencemarkan kemuliaan para Nabi dengan kenyataan anda yang sedemikian. Sedih saya baca
Saya boldkan. Siapa nak comment silakan.
April 5, 2010 at 10:27 pm
Amin Tuan admin,
memang buruk kalau kita di sini hanya mencari kesalahan masing-masing. sebab itu saya bilang “Sedangkan bumi ini dijadikan untuk semua makhluk, dan manusia diberi kecerdasan akal fikiran agar ia boleh membimbing dan dibimbing oleh pengetahuan yang berlandaskan islam.”
Bukan lah saya sangat membentraskan bahawa kita mesti melakukan nya. Masing-masing mempunyai niat. Niat yang Allah sahaja yang tahu. Saya harap kita sudah berdamai..
Assalamualaikum.
April 5, 2010 at 11:38 pm
admin Amin – Tujuan artikel ini bukan untuk burukkan sesiapa tapi sebagai perkongsian untuk kita semua. Kalau ada comment lagi boleh tambah dan sebarkan sesama rakan yer Tq
April 6, 2010 at 9:08 am
hawa Ma Sya Allah..hebat sgt perdebatan kamu, namun apa yg penting jgn lh sampai ianya menumbulkan kekeliruan apath lagi permusuhan sesama kamu, bersederhanalah kamu dalam setiap perkara kerana ‘khairul umur ausathuha’…
saya bersetuju dgn pendapat amin bahawa manusia dijadikan dengan akal fikiran yang membolehkan kita membuat pertimbangan antara baik dgn yg buruk. Perlu juga diingat bhawa setiap perbuatan seseorang itu diukur melalui niatnya (inna mal a’maalu binniyyaat), jika ianya dilakukan atas niat yg baik maka ganjaran pahala yang akan diberikan dan sebaliknya jika dilakukan atas niat yang buruk maka dosa lah yang akan menanti.. fikir2kn lh sekadar utk renungan bersama.. wallahu a’lam..
April 6, 2010 at 9:29 am
Amin insyaAllah. Banyak traffic lah kot.. hehehe
April 7, 2010 at 5:22 am
abdullah slm,bg saya,cinta sesama manusia laki n pompan ini xsalah.tapi kita xbleh nak jamin yg ia akan kekal tdk salah.dalam bercinta,selagi kita xlanggar hukum agama maka slg itulah kita xsalah.sebab tdk ader dalil secara khusus yg menyebut “cinta laki n pompan sblom kahwin nih xbleh,haram!!”(jika ader,bolehla dinyatakn)tp,saya masih tdk jumpe dalil2 berkaitan dgnnyer.kite tahu yg asal sesuatu hukum itu harus.selagi tdk ader dalil mgharamknyer,xbleh sewenang2nyer kita nak haramkanyer.yes!!cinta ini boleh jd haram jika ia tdk menuruti syara’.tp,jika cinta kita ini bleh bawa kita kpd cinta allah,why not??sedangkan nabi saw berdoa memohon kpd allah cinta orang2 yg mncintainya(allah).kita xbleh nak mengharamkan secara mutlak hal ini,cukup sekadar mngharamkan jika ia melibatkan benda yg diharamkan.selagi cinta itu xwat kita lalai pd agama,selagi itulah cinta itu baik disisi agama.nabi saw bila ditanye perihal cinta,nabi xder la kate haram.tp nabi berlembut dlm berkata yg xder yg lbih baik lpas bercinta,melainkan dgn kahwin.nabi xder r ckp,”uish!!awat mereka dok bercinta??”sbb nabi tau,yg perasaan cinta n rase ntok dicintai nih mmg xkan lari dari manusia.cara terbaik bukanlah kita mengatakn “haram cinta laki n pompan sblom kahwin”,tp katelah “waspadalah/hati2lah ketika bercinta itu,kerana cinta itu bleh mnjd dose”.(sekadar pndagn saya,buknlah saya seorng yg pakar agama.tp saya seorng yg ambil brat hukum agama).allahu’alam..
April 10, 2010 at 11:34 am
ika luvelyka.blogspot.com
huu…saya ni bukan orang2 alim dan kuat agama. saya juga bercinta dan bcouple..huu…kuat dugaannya.. perasaan tu tidak salah, mmg sudah fitrah.. biasanya sukar bg seorang perempuan yang hidup sendiri( jauh dari keluarga atas tujuan melanjutkan pelajaran) untuk menetapkan hatinya..kerana mereka terpaksa berdikari..mustahil tidak akn terpengaruh walau sdikit. bila terbaca pasal ni, pasti ada yang akan tersedar sementara kemudian minta clash dgn pasangan couple.. tidak lama selepas tu, fikiran, emosi, pelajaran terganggu.. kerana tidak ada yg memberi semangat akhirnya dia kembali kepada pasangan couplenya itu.. susah nak cari para remaja yang kuat agama zaman sekarang. pengaruh amat kuat. mereka pun baru saja melangkah dunia baru, tengah mencari identiti sebenar… mereka masih perlu bimbingan , jgn persalahkan mereka sepenuhnya..jika tdak, pasti mereka berasa lebih tersisih dan ingin jauh dari nasihat2 dan ceramah berunsur dakwah. hm…susah utk memahami fikiran remaja jika kita sendiri blum pnah alami perasaan couple2 ni. saya pun tidak tahu ini soalan atau pendapat.haha..yang pastinya saya cuma menyatakan apa perasaan saya yang pasti juga yang dirasakan remaja yang lain,huhu..
April 14, 2010 at 9:56 pm
zainal ….peace….
salam..Bismillahirahmanirahim.walaa taqrobuz zina…saya rasa,ayat tersebut sudah jelas menerangkan kepada kita,bahawa segala perkara ataupun perbuatan yang boleh ataupun berkemungkinan menjadi penyebabnya berlaku zina adalah haram….HARAM……wallahuallam
April 28, 2010 at 10:13 am
wardah Assalamualaikum..
sy nk tnya..
mcm nie..sy tahu couple tu haram..wlupun sblum nie sy ada pglmn brcnta..ttpi,stlh sy mmbca bbrpa artikel,dan brkngsi mslh dgn guru agama sy..sy sedar yg bcnta sblum nikah tiu slh..persoalan d sni, ialah ada bbrpa llki suka dgn sy..sy mnrima mreka sbgai kwn..dan kami juga tahu prasaan kami masing2..sy pun dah britahu mereka yang sy tdk akn couple..kami selalu ber’sms’..tpi atas niat seorang kwn..adakah itu slh??urmm2..nak tahu nie..please2..krna bgi sy..di usia ini cinta Allah tdk blh dikongsi sesiapa..tapi sy takut, dgn mlyn sms mereka itu, sy masih berdosa..Ya Allah,bntu la hambaMu ini..
April 28, 2010 at 2:03 pm
admin
wardah: Assalamualaikum.. sy nk tnya.. mcm nie..sy tahu couple tu haram..wlupun sblum nie sy ada pglmn brcnta..ttpi,stlh sy mmbca bbrpa artikel,dan brkngsi mslh dgn guru agama sy..sy sedar yg bcnta sblum nikah tiu slh..persoalan d sni, ialah ada bbrpa llki suka dgn sy..sy mnrima mreka sbgai kwn..dan kami juga tahu prasaan kami masing2..sy pun dah britahu mereka yang sy tdk akn couple..kami selalu ber’sms’..tpi atas niat seorang kwn..adakah itu slh??urmm2..nak tahu nie..please2..krna bgi sy..di usia ini cinta Allah tdk blh dikongsi sesiapa..tapi sy takut, dgn mlyn sms mereka itu, sy masih berdosa..Ya Allah,bntu la hambaMu ini..
Kalau melalui SMS bukan kah cuma saudari dengan lelaki2 itu. Atas niat apa saudari menghantar SMS tersebut? Sebagai seorang Muslimah bukankah kita harus menjaga perbatasan kita dengan lelaki yang tidak halal untuk kita.
Nasihat saya jika saudari tiada tujuan yang jelas dan musabab yang sangat kukuh tak perlu berSMS dengan kawan2 lelaki tu. Buat habis kredit jer.. Jujurnya, saya dulu personally masa time muda2 pernah SMS kawan sekolah selepas SPM bertanya bagaimana keadaan kehidupan di Uni mereka sekarang. Tidak bercouple dan cuma SMS benda yang sikit2 saja tapi sekarang ini baru saya sedar benda2 tersebut lansung tiada manfaatnya. Selain itu ia SMS seolah2 kita membuat hubungan dengan orang yang kita tidak sepatutnya. Sadari sendiri pun boleh rasa bersalahkan. Dah tak SMS tu hidup kita pun lagi free dan tenteram.
Cuba test..
.....................................................................................
semoga Allah sentiasa memberi petunjuk buat hamba2Nya yang berdoa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment